Santapan Minda


Dalam kesibukan kita mengejar arus pembangunan , terkadang kita alpa dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada yang Khaliq. Apabila kita meniti kejayaan, kita menjadi bangga dan bongkak atas kejayaan yang dikecapi. Kita lupa jika bukan dengan izin-Nya, siapalah kita di mata dunia..
Kita sibuk mengejar kekayaan dunia, tetapi kita lupa tentang kejayaan akhirat...

7 cara agar rezeki semakin bertambah dan diberkati

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

1. Membina Keyakinan Yang Kuat
    "Umat terdahulu selamat (berjaya) kerana kuatnya keyakinan dan zuhud. Dan umat terakhir kelak akan binasa kerana kedekut ( harta dan jiwa) dan cita-cita kosong." (HR Ibnu Abi ad-Dunya)

Betapa pentingnya keyakinan dimiliki oleh setiap orang yang ingin berjaya dalam mengharungi kehidupanini. Keyakinan adalah perkara yang paling asas dalam seluruh sendi kehidupan manusia. Termasuk dalam keperluan yang paling asas seluruh umat manusia iaitu keperluan mempunyai agama. Kekuatan dari keyakinan inilah yang akhirnya membuat seseorang teguh dan ikhlas dalam beribadah kepada Allah s.w.t mahupun bermuamalah secara baik dengan sesama makhluk.

Keyakinan adalah mutiara bagi orang yang telah beriman. Sebabnya iman tidak mungkin ada pabila di dalam hati seseorang masih terdapat keraguan. Keimanan tanpa keyakinan sama dengan orang berkata-kata indah, tetapi sebenarnya itu adalah pembohongan, tidak bersumber dari kebenaran yang ada dalam hati.

Dan yang paling penting dari semua ini adalah istiqamah. Dengan istiqamah membaca al-quran, maka kita akan amat dekat dengan Allah, insha Allah rahmat Allah s.w.t pun dekat dengan kita. Dengan demikian, kita pun mempunyai keyakinan kuat yang kewujudannya amat penting dalam menghadapi kehidupan ini. 

Orang yang menyandarkan keyakinannya kepada Allah, apabila mengalami kejayaan juga tidak akan menjadikannya sombong. Bagaimana dapat sombong jika di dalam hatinya dia merasa bahawa semua kejayaannya adalah anugerah dari Allah s.w.t. Jika demikian, biasanya dia juga memiliki sifat mudah berkongsi dengan orang lain. Dia tidak kedekut dengan apa yang dimilikinya.

2. Bertaubat kepada Allah s.w.t

  " Sesiapa mempernayakkan mohon keampunan ( beristighfar) maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkanya." (HR Abu Dawud)

Agar rezeki semakin bertambah dan barakah, hendaklah seseorang bertaubat kepada Allah s.w.t Ini adalah penyelesaiannya yang sering dianggap aneh oleh sebahagian orang. Mereka beranggapan bahawa sama sekali tidak ada kaitan antara bertambahnya rezeki dengan bertaubat.

Sudah tentu kita semua mengharapkan agar rezeki yang kita terima adalah rezeki yang barakah. Untuk apa rezeki kita semakin melimpah, tetapi kita jauh dari kebahagiaan yang sesungguhnya, iaitu bahagia kerana kita mendapat redha-Nya. Memohon ampun kepada Allah s.w.t adalah jalan yang perlu kita lalui agar kita mendapat rahmat dari Allah s.w.t

3. Belajar menjadi hamba yang bertaqwa

  Bertaqwa kepada Allah adalah modal utama apabila seseorang ingin mencapai kejayaan dan dapat merasakan kebahagiaan yang sesungguhnya , baik dalam kehidupan di dunia ini lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

to be continue...






No comments:

Post a Comment