Sunday, July 7, 2013

Marhaban Ya Ramadhan....

Assalamualaikum semua...

Thanks a lot kepada yang sudi membaca entri aku ini. Eh, dah nak puasa la. Tak sabarnya tunggu bulan ramadhan ini. Semoga ramadhan kali ini aku dapat mempertingkatkan amal ibadat aku kepada-Nya.Harap-harap ramadhan kali  ini, aku dapat meramaikan jemaah bersama-sama berterawikh di surau. Semoga aku dapat menjani ibadah puasa dengan sempurna.

Masih ingat lafaz niat puasa???


Banyaknya Ganjaran bulan Ramadhan...





Saturday, April 20, 2013

DI JENDELA USIA


Hari-hari yang berlalu pergi, adakah kita memanfaatnya atau hanya biarkan ia berlalu saja tanpa berbuat apa-apa??? Adakah hari-hari kita dipenuhi dengan amal ibadah sebagai bekalan atau hanya pekerjaan sia-sia..berssama-samalah kita renungkan..

DI JENDELA USIA
Tuhan,
Pada-Mu aku pasrah
Akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
Cintaku kian tercalar
Tuhan
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
Di hujung umur ku pasti kembali
Sedang hatiku tak suci lagi
Tuhan
Langkahku entahkan mati
Mendaki kasihMu nan tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Walaupun sering terganggu
Tuhan
Kekadang terasa sayang-Mu
Bersama kurnia hidayah
Kekadang terasa murka-Mu
Seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
Terlerai ribuan taubatku
Terungai semua janjiku
Kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
Mengemis di jendela usia
Terus mencari wajah diri
Menadah keampunan Ilahi
Nukilan: Pahrol Mohd Juoi
p/s: mati itu pasti,hidup itu inn sha allah..

Sunday, February 24, 2013

cinta syurga Jannah: HOLIDAY TRIP

HOLIDAY TRIP

Assalamualaikum semua...

HOLIDAY TRIP.. bestnye kalau dapat pergi bercuti kan. Awal bulan hari itu ada plan dengan kengkawan nak pergi bercuti. Lokasi; Cameron Highland. tapi tak jadi sebab bajet tak cukup lagi..huhuhu
Tadi sedang baca paper terbaca la satu flyer ni..Holoday Trip ke Cameron Highland. 3hari 2 malam.butirannya adalah seperti berikut:

3hari 2malam, RM 388.00 sahaja.

day 1:
7.00  bertolak ke cameron
         stop for short break
         check in room
         lunch
         highland leasure tour : rose& flower centre, strawberry farm, aplary farm, tea plantation
        dinner
        aktiviti bebas

day 2; breakfast
          rainforest
         lunch
         aktiviti bebas
         dinner [bbq]
day3: breakfast
         bertolak balik

bestnye kalau dapat pergi..

Stresss......

Assalamualaikum..semua..

Hari ini masuk semula keja selepas cuti. Rutin yang biasa. Biasalah awal minggu, rasa malas ja nak pergi, tetapi bila ingatkan tanggungjawab,kena la pergi juga. TANGGUNGJAWAB.. Bila dah tanggung kena la jawab kan..betul tak??

Tetapi jika menanggung kesalahan orang lain pulak macam mana?? Dah la kena tanggung, kena jawab pulak tu..alahai..nasib badan. 

Apa korang rasa kalau benda tu bukan korang yang buat tetapi kesalahan tu terpaksa ditanggung oleh korang? Mahu menangis rasanya. Dahla bukan kita yang buat, tetapi kita yang kena jawab pulak. Dan paling menyedihkan, kita juga yang dimarahi dan dileteri.

Bila difikir-fikirkan semula, adakah patut aku mencari kerja lain dan meninggalkan kerja ni?? sekarang ni bukan senang nak dapat kerja dik oi..kena pikir masak-masak. Tapi dah plan nak sambung study, macam mana ni..

Pendapat ramai kata macam ni; sambung la study, muda lagi,tak pa aih..my best frenz kata; sabar, tapi sambil-sambil tu cari keja len..minta petunjuk dari Allah..

korang pulak rasa macam mana???

bantulah hambamu ini

http://www.OnlyInMalaysiaMah.com/?ref=shikin86


Friday, February 22, 2013

Assalamualaikum w.b.t semua..

its nothing to say actually,just wanna say hai to all..Kepada yang sedang bekerja, selamat bekerja..kepada yang sedang lena, semoga dibuai mimpi yang indah..kepada yang tak boleh tido macam saya ni, nak buat apa ya..

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara yang terjadi membuatkan aku sering berfikir sendiri. Masih banyak yang perlu aku pelajari, masih jauh perjalanan ku ini dan masih banyak ranjau yang belum aku tempuhi.

Oleh itu, aku harus kuatkan semangat, cekalkan hati dan meneruskan perjalanan ini..

Buktikan yang kita boleh..aku juga boleh..